Saturday, January 15, 2011

talqin untuk isteriku...

tabahnya hati seorang lelaki apabila boleh membacakan talqin untuk isterinya sendiri..
sebak apabila di bayangkan bahawa yang di dalam itu isteri yang tersayang..
seorang manusia yang pernah berkongsi kehidupan dengan kita..
manusia yang kejutkan kita bangun tido..
manusia yang masakkan makanan kita..
manusia yang basuhkan pakaian kita..
manusia yang melahirkan anak2 kita..

masih segar dalam ingatan ketika kita di satukan...
semua para tetamu gembira...
kita di arak sebagai tanda raja sehari...
mak ayah menaruh harapan agar perhubungan kita berkekalan...

tangisan bayi membuatkan hubungan kita makin intim..
terima kasih sayang..
semoga kelahiran ini membuatkan keluarga kita lebih bahagia..
kita tersenyum sambil mengharapkan yang terbaik untuk kita berdua..

sebelum tido.. kita selalu berbicara tentang masa depan..
seronok kan masa tu? pelbagai buah fikiran yang awak berikan untuk hubungan kita..

bangun dari tidur..
awak dah sediakan sarapan untuk kita..
kita makan bersama2..

bila balik dari kerja..
awak sambut dengan senyuman manis dan ciuman tangan..
indah sungguh ketika itu..

tpi..


bermula hari ni..
kita dah tidak boleh bersama lagi..

tiada lagi manusia yang sudi membasuh pakaian kita..
tiada lagi manusia yang temankan kita makan...
tiada lagi manusia yang ingin memberi idea untuk masa depan kita..
tiada lagi manusia yang ingin membela anak2 kita...
tiada lagi manusia yang ingin menyambut kita dengan senyuman di hadapan pintu..

kini semua kosong..

sebak rasanya ketika melihat tetamu mengkafan awak..
saya tengok tangan awak terbujur kaku...
tangan yang selalu menyambut saya balik kerja..
tangan itu juga lah yang membancuh air untuk saya minum..

pipi awak pucat lesu..
dulu awk selalu sapukan bedak kt situ..
awak cakap pipi ni hanya untuk saya..
pipi itulah yang saya belai ketika awak ada di sebelah saya...

jasad awak dikafankn dengan kain putih...
ingin sekali saya menyarungkan awak dengan baju2 yang awak suka dulu..
tapi saya xmampu..

awak..
ni je kali terakhir saya boleh jadi imam untuk awak..
tpi awak dah xboleh jadi makum saya..
kalau dulu selesai bagi salam..
awak senyum kt saya..
sejuk hati saya..
tpi..
selesai je salam..
awak xlagi senyum kt saya..
saya tunggu senyuman awak..
saya rindukan senyuman awak...

awak..
lepas ni awak kena tido sorang2..
saya xbleh temankan awak..
dulu terjaga dari tido..
saya boleh tengok awk di tepi saya..
tapi mulai malam ni..
tiada sesiapa lagi sebelah saya...

awk..
terlalu banyak jasa awak dengan saya..
saya xmampu membalasnya..
tpi apa yang saya mampu..
hanya membaca talqin yang terakhir untuk awak...
sebak hati saya ketika membaca ungkapan ini..
'wahai isteriku, sesungguhnya hari ini engkau telah terpisah denganku'...












7 comments:

  1. terpisah kejap, kat syurga bersama la semula. <3

    ReplyDelete
  2. mirul dh mcm fynn jamal lah...
    'hei babi..knape kau sgt jelik?'hahaha

    ReplyDelete
  3. ini story betul dowh..
    ko tgk link ni
    http://www.youtube.com/watch?v=SIaQpJvqVZg

    ReplyDelete